~SilverStarBuns~

SONE.. if you love taeyeon, you will also love tiffany..


Sunday 20 October 2013

Mukahead part 1 : short Vacation la kot?


teluk duyung dalam bahasa engnye monkey beach..amenda?

  haa ni kira throwback gila-gila la..maklum la tak de masa nak bukak blog thumblr semua bagai..(well FB & twitter yer on 24 jam!!) just nak tulis cerita dekat mukahead lepas. Untuk Part 3 sub Bio ni kitaorang macam wajib buat satu trip ni la, so time kitaorang, kena pegi MukaHead Penang, (senior sem sebelum tu pegi Cameron Highland rasanya). Time dapat tahu ni, macam biasa Polar Bear ni (bak kata abg long T__T) dah cuak, tarik muka semua bagai dah la, mau tak nye, pantai kot, panas, nak bukak mata pun tak lepas baq hang!! konon kata kat madam, tak boleh ke tuka pegi cameron highland, boleh shopping buah..haha

TAPI!! bila 1st group pegi dulu and bawak balik semua cerita pasal Muka Head tu.kitaorang dah happy + tak sabar nak pegi dah la..maklum la roommate pegi dulu, so tanya macam-macam kat diaorang, soalan wajib ditanya.."tandas ok?" haaa OKAY!! jangan risau..haha. Wah sebenarnya suku dari memori dekat mukahad tu dah hilang dalam kepala ni..haha

Yang pasti sehari sebelum nak pegi tu, kena buat paktikal ukur pokok semua tu la..students yang lalu-lalang semua pelik, asal budak-budak ni tetiba mengukur pokok dalam uitm semua bagai ni, haa lantak pii la kat kami..buat je, nanti  kau ternganga bila kat muka head tu nanti susah. Pastu kena angkut barang-barang keperluan bawak balik kolej, haaa time ni la yang duduk dahlia kena pergunakan kawan-kawan yang duduk kesinai tu betul-betul, sape suruh duduk dekat :P. Haritu kitaorang macam org separuh gila angkut barang tumpang bilik budak kesinai,penat, padan muka bilik semak dengan kotak, pole, kayu semua tu..haha (TQ weh).

 Malam sebelum pegi tu baru nak kemas barang, maklum la jenis yang tak reti nak kemas beg bila pegi mana-mana, siap whatsapp ex-roommate lagi tanya nak bawak apa, pakai sumbat je kot haritu..kebanyakkan baju/seluar/tudung yang dibawak tak guna pun..so bawak sikit je baju!!. makanan ringan  bawak la sikit, sangat berbaloi..haritu bawak jelly dengan cokelat kot, lepas buat aktiviti lapar ok..(siapa yang buang plastik jelly dalam beg org?!!ada sampai sekarang, nampak sangat tak pernah kemas beg galas..haha)

  Esok tu, bas kononnya la pukul 8 pagi nak gerak, so budak dahlia yang jauh ni pukul 7 suku dah gerak, sebab nak pegi angkut barang kat kesinai lagi, sampai dataran damai tu awal la jugak, sempat la pegi sarapan roti canai :D pkl 9 lebih kot bas gerak, singgah dekat gurun sekejap, well bagi org lama okay!! dah la terperangkap dalam bas..kalau tahu lama dah  turun duduk luar.

muka yang "terperangkap" dalam bas, happy semacam je..

nah gambar bila dah sampai, ni gambar sharing is caring


dekat jetty apa tah namanya, 

group Kitaorang..kecuali si Farhana..haha dari kiri..farhana,saya, palahin, kak pah, hajar, aljeerah@si tipu(sebab dia tipu time ukur pokok,, gurau ;D), izzati jiran sebelah & rayha

naik boat tu best!!, tapi tak sebest pelayaran KLDTS, airin siap rakam lagi... ;D  bila dah sampai tu, orang cakap apa, menikmati keindahan alam? haha, mula-mula tu konon la tetiba rasa tak nak bergaul dengan siapa-siapa, so ak dengan farahin pegi sebelah kiri jeti,( yang lain ramai-ramai main dekat sebelah kanan jeti).. kitaorang berdua je macam budak-budak baru nampak pasir kat situ, lama sikit baru pegi join yang lain tangkap gambor belah lagi satu,dekat sejam la jugak kitaorang terpaksa melepak dekat luar gate, sebab belum pukul 2.30..hari jumaat okay..

kitaorang pakai sliper je pegi Penang!! ada wa kisah..haha 
(sliper biru tu ada kat komander,ak rasa baik halalkan je)



gelap la pulak, tapi ok la, cantik, time ni la jugak instagram & twitter laju je update
"finally here" "nice place" semua la, haha

Harry Potter mood on!! dah nampak mcm ak yg jahatnye dua-dua tala kat ak DIE YOU DIE


 ni gambar sebelum pegi buat aktiviti yg pertama..bush ecosystem ke apa namanya..BEST..*akmalia sesat*

bush ecosyslem ni group kitaorang dapat dekat cerun, gila nyaris nak tergelongsor jatuh bawah je aku haritu, madam duduk kat bawah tulis something, kena buat report ke ape? TEAM WORK SANGAT PENTING..lepas habis bush ecosystem ni, aktiviti bebas, so kebanyakkan nye pegi main dekat pantai, ha bagi si beruang kutup yang tak tahan cahaya ni, pegi balik dorm la pilihan yang tepat, balik mandi, so tak de la berebut nanti (nasib kak pah ada time ni, takut jugak duduk sorang dalam dorm tu..). OH..dorm perempuan ada 3, bersambung, kitaorang duduk yang tengah, katil ak hujung sekali, sebab masuk lambat, ak dah cuak dah, asal dapat katil yang hujung, tepi tingkap pulak tu, tapi katil tu la  yang ramai datang menumpang tidur, sebab dekat dengan kipas, korang ingat duduk tengah sejuk? ha padan muka..

malam tu. ada taklimat pasal esok punya aktiviti je pun.aku siap pegi toilet dengan yayas pastu melawat dewan tu :D

biru tetiba.. kat dewan makan, gambar tak senonoh time ni kita simpan sendiri la haha

kira macam ipod/iphone ak ni group B punya..haha

Malam kat dalam dorm tu tak payah nak cakap la, boleh bayang sendiri bila dah ramai-ramai berkumpul, bersembang, main tidur..best bila duduk ramai-ramai macam ni..main banyak dari belajar kat sini..short vacation la katakan...

NEXT!! 





No comments:

Post a Comment