~SilverStarBuns~

SONE.. if you love taeyeon, you will also love tiffany..


Tuesday 26 November 2013

LegoLand Johor

 Perak-KL-Johor-Kedah-Perlis

Minggu lepas, abah ajak pegi johor, jadi, hari rabu tu dari perak terus pegi KL, jumaat pulak terus pegi johor lepas abah habis kerja.




haaa, berseronok sebelum balik arau 


 Benda apa yang aku naik? well sebelum ni pernah pegi HongKong disneyland & USS tapi aku cuma naik yang taraf budak sekolah tadika je, sebab time tu adik semua kecik-kecik, mama & abah memang tak la nak naik roller coaster kalau ak ajak..haa sekarang adik dah besar sikit & time ni bawak ramai sikit orang dewasa, so boleh la ak main banyak sikit sebelum balik arau..haha


Project x roller coaster

1st time naik roller coaster, cuak sikit la, rasa nak tercabut nyawa jugak masa dia turun tu, tapi yang paling best nye, bukannye aku menjerit pun, aku gelak sebab cik man ada la, sepanjang naik tu, cik man asyik "ya-allah, selamatkan lah aku!!" aku turun je dari roller coaster ni terus nak termuntah sebab gelak, bukan pening..cik kimi yang bajet power tu pun senyap , siap peluk abang kamil lagi, angah pulak pejam mata, ijlah lagi la, duduk sebelah aku, menjerit, rasa macam nak tolak je dia kat sebelah ni bagi jatuh..haha so not bad la, okay, kalau datang wajib cuba.


selekoh dia tajam

benda ni ak tak naik, sebab sure-sure lah basah baju kena air, so triple NO


Dragon coaster 
   yang ni best!! ada dua jenis,first tu yang biasa-biasa ada 2 round, yang second power sikit tapi sekali pusing je tapi kitaorang mintak nak naik lagi sekali..


masuk sini

ni je pun naganya..

tinggi la jugak, tapi rasanya yang dekat USS tu takut lagi



pull pull pull.. ayat kat tempat ni..haha

apis tekejut ke ape tengok dino ni

kalau tolak lego ni, kena saman tak sebab merosakkan harta benda haha

mini land

tak sempat nak masuk mini land 


mama cakap, lesen P aku, tarafnye bawak yang ni je..T__T

lego yang paling aku suka, dinosaur!!



lepas naik dragon coaster 

masuk sini sebab ade aircon je pun


cik kimi tak puas hati sebab abah tak bagi dia mandi dekat water park haha

serious talk, kalau nak beli keychain macam tak berbaloi je sebab boleh je kita buat sendiri keychain diaorang, haha beli block lego kat jusco, berapa kupang je satu pastu letak tangkal siap dah keychain. beli la benda lain kalau nak buat ingatan or souvenir 


so, berbaloi la kalau korang pegi legoland ni, lagi pun dia dekat malaysia je pun, okay la, bangga ok bila malaysia ada benda-benda macam ni, time kitaorang pegi ni, macam tak ade orang sangat, kebanyakkan nye macam dari malaysia sendiri tak pun singapore, tak de la nak kena beratur panjang bila nak main sesuatu..haha. bagi aku, legoland ni bawah sikit la dari USS atau hongkong disneyland..tapi tak rugi datang!! keychain tak payah beli, balik buat sendiri. ;P









Thursday 14 November 2013

new iphone 5s bebeh!!


     hollaaa..semalam dengan jayanya aku,cik kimi & ijlah pegi KL naik bus dari ipoh ,abah suruh pegi  kalau nak beli iphone 5S, so pegi je la rezeki jangan ditolak. Sebelum ni ingat nak tunggu 4S rosak dulu baru beli lain, tapi dah cik shamsul offer phone baru, sapa tak mau kan? so tadi pegi beli 5S kat plaza lowyat pastu jual 4S itam ni, duit jual 4S tu boleh ler tampung nak beli 5S baru ni, idok ler kena byar banyak sangat kan..

   
ni kotak 5S & 4S

*wink wink*

     Masalahnye sekarang, kena pegi tukar sim card, sebab micro punya tu versi yang lama..nak kerat jadi nano orang kedai tu kata 90% akan rosak...kbai

Tuesday 12 November 2013

minat dengan kpop?




 haaa, kpop, korean pop, dulu 2009 macam tu korean wave ni tak de la popular sangat kot kat malaysia ni, aku dulu, serious tak nak terjebak langsung dengan kpop ni, kononye kpop ni pelik, lagu sedih pun nak kena menari, asal? nak dijadikan cerita kadang-kadang, classmates sekolah menengah dulu selalu la jugak datang rumah, then diaorang bukak youtube pastu menari ikut tarian kpop tu, aku time tu dalam kepala otak ni amendee la makcik ni terkinja-kinja menari sorang-sorang...haha tapi aku try la cari kat youtube video-video kpop ni konon tak nak jadi katak bawah tempurung, sebab budak-budak kat sekolah asyik cakap pasal kpop je kerjanya, time ni aku gila tengok harry potter,minat sangat-sangat dekat rupert grint & emma watson. jadi ak  tengok la suju sorry-sorry punya mv,  tetiba jadi seronok, terus minat dekat leeteuk, arr comel bag hang dia tu, siap simpan lagi gambar dia dalam phone.

gambar ni ha!!
     leps tu memang kalau pegi kedai CD, ak pegi cari album super junior laa..group lain ak tak nak tengok langsung, takut beralih arah la katakan, tetapi minat kat suju tak lama, :P ade video Super Junior & snsd buat  Sunkist CF...ha time ni ak tengok taeyeon & tiffany cute sangat, so try la google nak cari maklumat pasal group snsd tu & kan kalau dekat youtube ada video-video kat tepi tu,time tu girls' generation GEE popular, so aku tekan la, haaa ambik kau, dari situ terus aku minat girls generation, siap hafal lagi nama diaorang (9 nama ingat senang ar)
cute okay snsd time ni ;)

    Ramai yang tanya, takkan minat girl group, tak kan tak minat boy group,perempuan la katakan, mesti minat lelaki, aku dengan bangga nya jawab  Hanya SNSD je kowt yang aku betul-betul minat,yes girl group, ehh peduli apa aku, tak salah pun. boy group ukiss kot ak minat sikit. tapi still snsd the best,

     Sampai sekarang aku minat girls' generation, kpop group yang lain cuma dengar lagu je tak de la sampai download semua MV, variety show, single semua tu macam aku buat dengan snsd..taeyeon & tiffany yang paling aku minat, TaeNy gitu, locksmith okay..tapi ramai yang tak tahu sebenanya aku minat kpop, jenis muka blur & pendiam ni, susah orang nak paham, dalam phone penuh je lagu, gambar & video snsd ni, tengok sorang-sorang cukup la, kalau korang nampak aku senyum sorang-sorang tu, maksudnye, aku tengah tengok video snsd la tu. aku kalau nak spazz pun, spazz sorang-sorang, tak pun dengan kawan-kawan dekat kakaotalk & soshified kira macam underground punya sone la ak ni,,haha .TAPI minat kat kpop ni, tak de la jadikan aku obsess dengan diaorang sampai nak jadi macam diaorang,tak de la sampai tahap nak pakai macam diaorang, menari, menyanyi semua bagai tu,  aku biasa-biasa je, ohh cuma ak  beli peas in a pod & jam baby g-taeyeon, benda tu aku guna, so no hal lah...haha yang paling penting jangan cakap buruk pasal snsd, serious ak tak suka, walaupun kau kawan aku, serious. aku akan bagi kau kaki, tapi dalam kepala otak aku je la, tak de la gila sampai nak buat betul-betul, hormat tu masih ada.




ni collection 

siapa kata snsd tak ada peminat!! please lah ..




Anda gemuk? sembelit? buncit? kuangx3

    


 Anda gemuk? sembelit? buncit?  haaa ayat  ni la selalu iklan ubat-ubat kurus guna, nak tarik pelanggan la katakan..so nak dijadikan cerita, aku ni masuk dalam kategeri yang diatas la kot..sampai ak susuh mama oter jaket uitm yang kecik sikit tu  pun mama cakap '' bukan salah baju, tu salah kamu" nampak ayat perli disitu! ceh bila balik kampung, semua orang kata aku kurus, tok siap tak kasi lagi bagi kurus, dia kata dah okay tara ni, kalau kurus muka cengkung..secara jujurnya yes ak rasa ak dah gemuk..haha

     So, untuk memastikan aku kembali kecik, mama beli product minuman ni, auraslim shake namanya, aku tak tahu pun tentang kewujudan benda pink ni, dalam kepala ni cuma tahu, kalau nak kurus, herbalife..haha baru cuba 5 hari kalau tak silap,mula-mula tak tahu pun fungsinye apa, serious talk..tu la sebabnya tanya pakcik google. DETOX. BURN . SLIM .SHAPE  tu yang ditulis kat bekas auraslim ni, korea punya product,tak ade kesan sampingan, sakit perut, semua tu tak ade, rasa dia, manis-manis buah (tu yang orang kata), siapa yang pernah makan gula-gula serebuk yang masam-masam manis tu mesti suka, well kalau boleh ratah, dah lama dah aku ratah serbuk tu, sungguh enak dimakan begitu saja...haha

ape sebenarnya yang auraslim ni buat?

1-7 hari
- memudahhan pelawasan bahan kumuhan
- detoxsifikasi pembuangan toxin
- meningkatkan katar metabolism

8-15 hari
- pembuangan air besar yang konsisten
- kesegaran dan tahap tenaga bertambah
- proses pembakaran lemak lebih cepat

16 hari ke atas
- sistem penghadaman lebih baik
- badan sihat dan ketahanan lebih baik
- berat badan menurun secara berperingkat
- perut buncit hilang dan bentuk badan langsing

so, try je lah, tapi kan  tetiba aku rasa berat ak dah turun sekilo & dah tak lalu sangat nak makan, selalunya ade je benda yang aku nak makan malam-malam ni, tapi sekarang habit tu dah berkurang..ke badan ni yang mengada-ngada..haha kita try okay!! dimana ada kemahuan, di situ ada jalan haha




Wednesday 6 November 2013

short vacation, kuching Sarawak



     Hello everibadehhh...walaupun cuti sem lama, tapi baru minggu lepas dapat bercuti dengan family + orang-orang kuat yang kerja dengan abah time Kempen MT haritu, kalau tak duduk rumah la kerjanya, sebab mama dengan adik-adik sekolah. Abah cuti dua hari, mula-mula plan nye nak pegi Bali / krabi tapi tak jadi sebab dengar cerita kat sana ada masalah denggi? dah tu pegi je la sarawak, last time pegi sarawak time tingkatan 1 kot, time berhingus lagi tu, haha


si angah tak bawak ic, tunggu la

penumpang paling last naik..


     Kitaorang bertolak malam, flight pukul 10.30, bertolak dari perak pukul 3 pastu rehat jap dekat rumah KL, pastu baru bertolak pegi lcct, kalini naik airasia sebab tiket MAS dah habis, mau tak nye, abah esok nak pegi, malam sebelum tu baru bagitahu kt semua orang plan dia, pastu nak cari tiket last minutes haa ado?

mana ada orang dah kat lobby time ni, kitaorang je la


 
 Sampai Kuching lebih kurang pukul 12 tengah malam, dah masuk bilik semua terpaksa order kat bilik je makanan, lapar dah semua.esok pagi tu memang tak pegi sarapan la, sebab kenyang lagi.. first day memang tak pegi mana pun, pegi parkson je kerjanya, macam ape je, kat KL pun ado!! skip terus lah first day & second day ni, memang tak buat apa, 3rd day baru okay sebab ikut cik man & the geng , kalau ikut abah, memang tak pegi la naik bot semua tu..


ada acara ape tah kat padang ni

breakfast

abah bawak balik pizza, tokei hotel bagi, kawan dia kalau tak silap 


     3rd day kitaorang pegi naik bot ke sampan entah namanya, okay la not bad sebab boleh relax, pastu baru pegi shopping beli barang, dekat depan river side tu, jalan dengan oin macam ape je, 2x5 tak tahu macam ak..bab cari benda ni memang susah, tak pandai beli barang kalau tak ada mama, dah si nir mintak souvenir so harini la nak carinye, esok tu dah nak balik, bab nak cari souvenir yg dia boleh letak atas meja memang payah, mana pernah beli souvenir dekat siapa-siapa sebelum ni, kaychain je kot..kalau ikut hati memang nak je belikan dia cawat, bia dia pakai kat uitm tu, maklum lah perlis kan panas sikit, kesian la kat kamu, tengok orang baik tak budak kecik? haha otw nak balik tu baru baca msg nir yang dia nak pesan barang!! time duk tweet kat twiter tak nak pulak dia pesan benda..tunggu lama pulak tu dia nak reply, dia suruh beli kain batik sarawak, ni lagi susah dari nak cari ikan terubuk yang abang long pesan!! dah la nak beli baju sendiri pun mama yang pilihkan, memang rasa blur bila orang kedai tu tanya macam-macam , mula-mula malas nak call nir,well aku bukannye jenis yang suka bercakap dekat phone, tapi terpaksa, macam orang gila lah jugak time tu, phone kat telinga cakap dengan nir, sambil bercakap jugak dengan oin & orang kedai tu , bila aku tanya orang kedai, nir yang jawab, bila tanya tanya nir, orang kedai tu pulak yang jawab, dengan line teruk nye, memang merumitkan lagi tugas khas aku time tu, nak send gambar pun tak lepas..haha aku tak tahu la ape yang budak nir rasa bila tengok kain tu, pakai ambik je, orang tak kira, ambik jugak, bak sini 50 hinggit, buat la baju ke bantal busuk ke, ape  ke, pakai kat uitm, nak tengok!! penat tau cari kain tu. haha


     Malam tu kitaorang makan dekat Topspot, dulu pun pernah datang sini, tapi kali ni aku tak lalu nak makan, sebab ade bau something, pening kepala campur pulak tengah selesema, memang tak sedap badan la time tu, balik tu bagi makan mee goreng kat river side kira macam supper berat la haha..


     Esok tu balik awal, tapi flight delay..ehh macam ape je, melepak kat airport tu dua jam..

thanks airasia..