~SilverStarBuns~

SONE.. if you love taeyeon, you will also love tiffany..


Tuesday 26 November 2013

LegoLand Johor

 Perak-KL-Johor-Kedah-Perlis

Minggu lepas, abah ajak pegi johor, jadi, hari rabu tu dari perak terus pegi KL, jumaat pulak terus pegi johor lepas abah habis kerja.




haaa, berseronok sebelum balik arau 


 Benda apa yang aku naik? well sebelum ni pernah pegi HongKong disneyland & USS tapi aku cuma naik yang taraf budak sekolah tadika je, sebab time tu adik semua kecik-kecik, mama & abah memang tak la nak naik roller coaster kalau ak ajak..haa sekarang adik dah besar sikit & time ni bawak ramai sikit orang dewasa, so boleh la ak main banyak sikit sebelum balik arau..haha


Project x roller coaster

1st time naik roller coaster, cuak sikit la, rasa nak tercabut nyawa jugak masa dia turun tu, tapi yang paling best nye, bukannye aku menjerit pun, aku gelak sebab cik man ada la, sepanjang naik tu, cik man asyik "ya-allah, selamatkan lah aku!!" aku turun je dari roller coaster ni terus nak termuntah sebab gelak, bukan pening..cik kimi yang bajet power tu pun senyap , siap peluk abang kamil lagi, angah pulak pejam mata, ijlah lagi la, duduk sebelah aku, menjerit, rasa macam nak tolak je dia kat sebelah ni bagi jatuh..haha so not bad la, okay, kalau datang wajib cuba.


selekoh dia tajam

benda ni ak tak naik, sebab sure-sure lah basah baju kena air, so triple NO


Dragon coaster 
   yang ni best!! ada dua jenis,first tu yang biasa-biasa ada 2 round, yang second power sikit tapi sekali pusing je tapi kitaorang mintak nak naik lagi sekali..


masuk sini

ni je pun naganya..

tinggi la jugak, tapi rasanya yang dekat USS tu takut lagi



pull pull pull.. ayat kat tempat ni..haha

apis tekejut ke ape tengok dino ni

kalau tolak lego ni, kena saman tak sebab merosakkan harta benda haha

mini land

tak sempat nak masuk mini land 


mama cakap, lesen P aku, tarafnye bawak yang ni je..T__T

lego yang paling aku suka, dinosaur!!



lepas naik dragon coaster 

masuk sini sebab ade aircon je pun


cik kimi tak puas hati sebab abah tak bagi dia mandi dekat water park haha

serious talk, kalau nak beli keychain macam tak berbaloi je sebab boleh je kita buat sendiri keychain diaorang, haha beli block lego kat jusco, berapa kupang je satu pastu letak tangkal siap dah keychain. beli la benda lain kalau nak buat ingatan or souvenir 


so, berbaloi la kalau korang pegi legoland ni, lagi pun dia dekat malaysia je pun, okay la, bangga ok bila malaysia ada benda-benda macam ni, time kitaorang pegi ni, macam tak ade orang sangat, kebanyakkan nye macam dari malaysia sendiri tak pun singapore, tak de la nak kena beratur panjang bila nak main sesuatu..haha. bagi aku, legoland ni bawah sikit la dari USS atau hongkong disneyland..tapi tak rugi datang!! keychain tak payah beli, balik buat sendiri. ;P









No comments:

Post a Comment